satu perkongsian tentang pendapatan pasif dan pendapatan aktif,
Pendapatan Aktif: Anda dibayar berdasarkan masa anda bekerja.
(Lebih 90% orang kerja makan gaji!)
Pendapatan Pasif: Anda kerja sekali tetapi dapat dibayar tanpa
henti! (Kurang 10% gunakan teknik ini!)
Satu masalah dengan pendapatan aktif (kerja makan gaji) ialah apabila
anda berhenti bekerja, sumber pendapatan anda juga terhenti. Ini bermakna
tiada lagi duit gaji masuk ke akaun setiap bulan. Memang haru dibuatnya.
Tapi anda masih belum terlewat...
Rahsia kekayaan yang sebenar bukanlah terletak kepada berapa banyak
wang yang dimiliki tetapi kebebasan yang mereka miliki.
Mereka bebas untuk:
- menonton wayang & 'menginternet' di Starbucks ;)
- sarapan pagi & baca harian metro diwarung!
- bersantai dipantai tanpa gangguan!
- shopping tanpa perlu beratur!
- melihat anak-anak membesar!
Oleh kerana hasil pendapatan mereka banyaknya daripada pasif,
mereka mempunyai lebih masa terluang untuk digunakan.
Jika anda melihat konsep pendapatan pasif ini daripada kehidupan
orang disekeliling anda, banyak kumpulan yang tidak sekaya mana
seperti yang anda lihat. Doktor pakar dan doktor gigi tidak
mempunyai pendapatan pasif daripada hasil titik peluh mereka.
Potensi pendapatan mereka ada hadnya. Mereka hanya boleh berjumpa
sejumlah tertentu pesakit sahaja. Dan mereka juga mestilah berjumpa
dengan setiap pesakit tersebut. Ianya aktif.
Begitu juga dengan pegawai kerajaan, peguam atau jurujual. Kebanyakkan
daripada mereka tidak mempunyai pendapatan pasif. Mereka memang nampak
kaya, tetapi sebenarnya mereka tetap bergantung kepada gaji seperti
kebanyakkan daripada kita.
Berapa peratuskah hasil pendapatan anda adalah pasif? Jika anda bijak,
anda sudah mula untuk bertukar daripada aktif kepada pasif. Ini akan
memberikan lebih banyak masa untuk anda melakukan apa yang anda suka
ketika waktu yang anda mahukan.
Kata kuncinya ialah anda perlu mencuba satu punca pendapatan pasif
setiap tahun!
Berikut adalah beberapa jenis punca pendapatan pasif yang boleh anda
buat kajian :
* Pelabur yang mendapat dividen bulanan atau tahunan
* Pencipta lagu yang menerima royalti daripada lagu mereka
* Penulis yang menerima royalti daripada buku tulisan mereka
* Agen insuran yang mendapat pendapatan sampingan
* Pengusaha internet yang mendapat keuntungan berterusan
* Ahli jualan langsung yang menerima komisen bulanan
* Pelakon yang mendapat bayaran royalti
* Usahawan yang mendapat keuntungan bisnes
* Pencipta software yang menerima royalti
* Pencipta permainan video mendapat royalti
* Pemilik hartanah yang menyewakan rumah atau tanah
Sebelum anda pergi tidur malam ini, tanya kepada diri anda soalan ini:
“Berapa peratuskah dalam sehari masa yang saya luangkan untuk mencipta
pendapatan secara pasif?” Jika jawapan anda ialah tiada, anda mempunyai
masalah. Adalah lebih baik apabila anda bangun keesokkan harinya dan
mula sibukkan diri anda.
Nasihat saya jika anda kini bergantung sepenuhnya pada pendapatan
aktif, masanya sudah tiba untuk anda mencuba pendapatan pasif yang
saya senaraikan diatas tadi.
Mencari peluang pendapatan pasif?
http://ashmax
Friday, July 30, 2010
Monday, July 26, 2010
Masa terus berlalu...
Hari isnin datang lagi..begitu cepat masa berlalu tanpa mempedulikan manusia samada bersedia atau tidak. tidak sampai sebulan mulai sekarang, bulan yang diberkati iaitu bulan Ramadhan akan menjelma. semua manusia akan menunaikan ibadat puasa iaitu asas ketiga dalam rukun Islam. Semoga kita dapat berjumpa dengan Ramadhan ini.
setelah lebih setengah tahun berada dalam tahun 2010, apakah yang telah kita capai? atau adakah masih lagi berada ditahap lama? Bagaimana dengan azam kita untuk tahun 2010? adakah telah tercapai atau masih dalam usaha untuk mencapainya? InsyaAllah sekiranya kita berusaha Allah pasti menolong kita.
Sekadar coretan peribadi, saya ingin mengingatkan diri saya dan juga para pembaca agar terus berusaha untuk mencapai apa yang diinginkan. Jangan cepat berputus asa. Marilah kita terus meningkatkan iman kita agar apa yang kita lakukan akan mendapat keberkatan dari Ilahi. Carilah rezeki yang halal dan diberkati.
serangkap pantun untuk renungan
Ramai orang menggali perigi
Ambil buluh lalu diikat
Ilmu dicari tak akan rugi
Buat bekalan dunia akhirat
Friday, July 23, 2010
Salam Jumaat....
Alhamdulillah,Bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana masih lagi diberikan nikmat umur yang panjang dan dapat lagi melihat kebesaranNya di bumi yang indah ini.Bersyukur juga kerana masih lagi diberikan rezeki kerana masih lagi mempunyai pekerjaan berbanding orang lain yang mungkin sedang mencari-cari kerja untuk mendapatkan sesuap nasi.
Ini merupakan percubaan saya yang pertama untuk menulis sebagai blogger, semoga apa yang akan ditulis nanti akan diberkati oleh Ilahi dan memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang mengunjungi bolg saya ni..sebenarnya saya ni tak pernah menulis dan berharap menulis dalam blog ni akan memberi satu pengalaman yang baru buat diri saya.
sebagai post yang pertama untuk blog saya ni saya ingin mengucapkan selamat datang kepada anda semua yang sudi mengunjungi blog saya ini dan saya amat-amat mengalu-alukan kedatangan anda semua.
salam Jumaat saya ucapkan kepada anda dan semoga Allah merahmati kita semua dan berikan hidayah dalam meneruskan kehidupan yang sementara ini. Semoga apa saja kerja yang kita lakukan akan mendapat redha Allah Taala dan dijauhi dari kemurkaanNya.
Blog Subur Minda ini saya dedikasikan kepada keluarga tersayang, ayah,mak, isteri tercinta dan anak-anak abah yang tersayang. semoga Allah merahmati dan memberikan kebahagian yang berpanjang kepada kita.
Subscribe to:
Posts (Atom)