Monday, July 26, 2010

Masa terus berlalu...

Hari isnin datang lagi..

begitu cepat masa berlalu tanpa mempedulikan manusia samada bersedia atau tidak. tidak sampai sebulan mulai sekarang, bulan yang diberkati iaitu bulan Ramadhan akan menjelma. semua manusia akan menunaikan ibadat puasa iaitu asas ketiga dalam rukun Islam. Semoga kita dapat berjumpa dengan Ramadhan ini.

setelah lebih setengah tahun berada dalam tahun 2010, apakah yang telah kita capai? atau adakah masih lagi berada ditahap lama? Bagaimana dengan azam kita untuk tahun 2010? adakah telah tercapai atau masih dalam usaha untuk mencapainya? InsyaAllah sekiranya kita berusaha Allah pasti menolong kita.

Sekadar coretan peribadi, saya ingin mengingatkan diri saya dan juga para pembaca agar terus berusaha untuk mencapai apa yang diinginkan. Jangan cepat berputus asa. Marilah kita terus meningkatkan iman kita agar apa yang kita lakukan akan mendapat keberkatan dari Ilahi. Carilah rezeki yang halal dan diberkati.

serangkap pantun untuk renungan

Ramai orang menggali perigi
Ambil buluh lalu diikat
Ilmu dicari tak akan rugi
Buat bekalan dunia akhirat

No comments:

Post a Comment