Friday, July 23, 2010

Salam Jumaat....

Alhamdulillah,
Bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana masih lagi diberikan nikmat umur yang panjang dan dapat lagi melihat kebesaranNya di bumi yang indah ini.Bersyukur juga kerana masih lagi diberikan rezeki kerana masih lagi mempunyai pekerjaan berbanding orang lain yang mungkin sedang mencari-cari kerja untuk mendapatkan sesuap nasi.

Ini merupakan percubaan saya yang pertama untuk menulis sebagai blogger, semoga apa yang akan ditulis nanti akan diberkati oleh Ilahi dan memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang mengunjungi bolg saya ni..sebenarnya saya ni tak pernah menulis dan berharap menulis dalam blog ni akan memberi satu pengalaman yang baru buat diri saya.

sebagai post yang pertama untuk blog saya ni saya ingin mengucapkan selamat datang kepada anda semua yang sudi mengunjungi blog saya ini dan saya amat-amat mengalu-alukan kedatangan anda semua.

salam Jumaat saya ucapkan kepada anda dan semoga Allah merahmati kita semua dan berikan hidayah dalam meneruskan kehidupan yang sementara ini. Semoga apa saja kerja yang kita lakukan akan mendapat redha Allah Taala dan dijauhi dari kemurkaanNya.

Blog Subur Minda ini saya dedikasikan kepada keluarga tersayang, ayah,mak, isteri tercinta dan anak-anak abah yang tersayang. semoga Allah merahmati dan memberikan kebahagian yang berpanjang kepada kita.

No comments:

Post a Comment